Sunday, October 25, 2009

DATUK MASRANI JADI DATUK SEBELUM TERIMA MENANTU..

Salam kepada semua pembaca, jangan terkejut dengan "hot title" tersebut....
Brigedier Jeneral Datuk Masrani bin Paiman, Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia telah dianugerahkan gelaran "Datuk" oleh Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertuan Negeri Sabah Tuan Ahmad Shah Abdullah pada Majlis sambutan hari ulang tahunnya, 24 Oktober 2009. Majlis yang penuh dengan gilang gemilang ini dikelolai oleh Briged Kelima Infantri Malaysia........

Walaubagaimanapun, Datuk Masrani juga bakal menerima menantu sulungnya pada bulan Disember 2009.. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas Datuk.........

Wednesday, October 7, 2009

PERASMIAN OPERASI SETIA SEPADU

Operasi Setia Sepadu... Perasmian Operasi Setia Sepadu akan berlangsung pada 12 Oktober 2009 di Jeti Kem Azumi, Semporna oleh Panglima Angkatan Bersama Leftenan Jeneral Dato'Allatif bin Mohamad Noor.

Aturcara perlaksanaan kemudiannya diteruskan sehingga Majlis Penutupan pada 20 Oktober 2009 di Kem Sri Wangsa, Semporna.

MAJLIS HARI RAYA TYT BERSAMA WARGA TENTERA KEM LOK KAWI

Setelah berpuasa sebulan, kini tiba masa tibanya Syawal. Begitu juga dengan warga tentera. Walaubagaimanapun, lebih meriah dan dialu - alukan sekiranya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tersebut disambut bersama dengan pemimpin - pemimpin yang dikasihi.

Sehubungan itu, pada 14 Oktober 2009 (Rabu), Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah berkenan besama - sama dengan warga tentera di Kem Lok Kawi meraikan Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, Sabah. Majlis bermula dari jam 1100 pagi.

Thursday, October 1, 2009

Ketibaan Kapal Selam Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN

Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertuan Negeri Sabah Tun Ahmad Shah Abdullah berangkat ke Majlis Sambutan Ketibaan Kapal Selam Kapal Diraja TUNKU ABDUL RAHMAN (KD TAR) iaitu kapal selam pertama negara ke Sabah bertempat di Jeti Markas Angkatan Kapal Selam TLDM, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah pada 17hb Sep 2009 (Khamis), jam 8.00 pagi.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Laut, Pegawai-pegawai Kanan TLDM serta seluruh warga TLDM dan keluarga yang berpangkalan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu.

TENTERA JIWA MURNI

Dewasa kini, tugas tentera bukan sahaja untuk berperang dan berlatih untuk berperang...

Aktiviti Jiwa Murni adalah merupakan salah satu aktiviti tentera untuk membantu masyarakat. Kini, pasukan 7 RAMD melaksanakan Operasi PASIR Sektor Selatan dan Operasi BALASAH Siri 3/2009 di Kawasan Pedalaman Hutan Kalimantan Malaysia Indonesia.

Dengan berbekal kepada kepakaran yang di miliki oleh pihak tentera, Pasukan 7 RAMD berbakti kepada penduduk tempatan di Kampung Seliku untuk pemeriksaan dan nasihat kesihatan secara percuma, mengajar di sekolah yang dibina serta mengawal keselamatan kawasan dan penduduk kampung........

Majlis Sambutan Hari Raya Markas 5 Briged bersama Panglima

Majlis Sambutan Hari Raya Markas 5 Briged bersama Panglima diadakan pada 2 Oktober 2009 di Wisma Perwira Markas 5 Briged. Upacara ini berlangsung dari jam 0700 petang dengan penuh gilang gemilang. Majlis ini juga turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kanak - kanak di samping alunan muzik dan lagu Hari Raya.

Turut hadir semasa majlis ini adalah pegawai - pegawai memerintah, pegawai - pegawai pemerintah, serta pegawai - pegawai muda bersama keluarga mereka.

Majlis ini juga turut di jayakan oleh Ahli - ahli Wisma Perwira Markas 5 Briged bagi memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar.