Thursday, September 10, 2009








































KEMBARA DUGA MENGUJI KETAHANAN MENTAL DAN FIZIKAL

Tanggal 20 Julai 2009, bermulalah cabaran dan dugaan kepadapeserta - peserta Kembara Duga.Mereka perlu menempuhi lima acara yang dipertandingkan sepanjang berlangsungnya Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan ini.Antara acara - acara yang perlu diselesaikan adalah Mendayung,berakit, pandu arah, menembak, dan jalan lasak.

Seorang perwira perlu mempunyai jiwa yang kental dan fizikal yang lasak.Untuk mencari apakah yang layak bergelar juara bagi Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan ini, para peserta pertandingan perlu melalui kesemua acara secara berterusan. Pasukan yang bijak mengatur strategi serta bertenaga mengharungi rintangan dan halangan akan ke hadapan
meninggalkan pasukan yang tidak berupaya.Dalam keadaan penat dan letih mereka bergerak mengharungi arus deras sungai dan malam yang gelap.Namun kegigihan untuk menyelesaikan
acara - acara yang dipertandingkan lebih diutamakan berbanding rasa penat dan letih.Inilah sifat perwira yang kita mahu untuk membangunkan sektor pertahanan negara dari jajahan asing.

Perasmian Pembukaan Pertandingan Kembara Duga Peringkat Medan ini dilaksanakan oleh Mejar Jeneral Dato' Mazelan bin Kasap, Panglima 1 Divisyen. Majlis ini dilangsungkan di kawasan perairan Sungai Tuaran di Kampung Malanggan,Tamparuli. Semasa Majlis Perasmian
ini, Panglima 1 Divisyen juga sempat memberikan kata - kata semangat kepada para peserta yang terdiri daripada wakil setiap formasi dalam Tentera Darat. Mereka terdiri daripada wakil- wakil dari 1 Divisyen, 2 Divisyen, 3 Divisyen, 4 Divisyen dan Pasukan Jemputan Khas Para.

Pelbagai halangan perlu mereka tempuhi. Selepas selesai sahaja majlis perasmian oleh Panglima 1 Divisyen, mereka bergegas ke kawasan permulaan. Pada peringkat permulaan ini mereka perlu membina rakit dengan buluh yang telah dibekalkan tersebut. Pasukan yang berjaya membina rakit terlebih dahulu akan bergerak meninggalkan pasukan yang lambat.
Mereka kemudiannya meredahi Sungai Tuaran di Kampung Malanggan ke check point yang seterusnya.

Pertandingan ini berterusan sehingga para peserta berjaya menyelesaikan keseluruhan acara.

Acara terakhir yang dipertandingkan adalah menembak di Lapang Sasar 60 m. Pada masa ini, pengiraan mata markah pasukan yang dipertandingkan masih lagi dikira. Pasukan yang mendahului tidak semestinya menjuarai pertandingan sekiranya gagal menembak.

Walaubagaimanapun, tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Para yang diundang khas untuk menyertai pertandingan bersama formasi - formasi yang lain. Pasukan ini berjaya melaksanakan segala acara yang dipertandingkan dengan kutipan masa 65 jam 48 minit 20 saat. Kejayaan ini adalah merupakan satu kebanggaan bagi pasukan para yang baru di ambil alih pemerintahannya oleh Brigedier Jeneral Ismet Nayan bin Ismail, Panglima 10 Briged.

Tempat kedua dalam pertandingan ini jatuh kepada 4 DIvisyen dengan kutipan masa selama 71 jam 41 minit 50 saat. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan 3 Divisyen. Mereka berjaya menempuhi ujian dan halangan dengan kutipan masa selama 76 jam 13 minit 10 saat.

Sehubungan itu, Formasi 1 Divisyen mendapat tempat keempat dengan kutipan masa sebanyak 77 jam 4 minit 50 saat. Pasukan yang menduduki tempat kelima adalah Trup Medan dengan kutipan masa sebanyak 113 jam 39 minit dan 40 saat.

Akhir sekali, pasukan 2 Divisyen yang menamatkan pertandingan dengan kutipan masa 117 jam 48 minit.

Majlis Penutupan Pertandingan Kembara Duga yang berlangsung selama seminggu ini dilaksanakan oleh Leftenan Jeneral Dato' Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Medan Tentera Darat di Lapang Sasar 600 meter, Unit Lapang Sasar Kota Belud pada 26 Julai 2009.

Wisma Perwira Markas 5 Briged















Penuh dengan adat dan tradisi ketenteraan...
Dengan hanya melihat keadaan Dewan Makan ini, jelas tergambar aktiviti harian dan kehidupan pegawai - pegawai di Wisma yang penuh dengan tatatertib dan regimental. Kehidupan Regimental yang masih di amalkan di Wisma Perwiran ini berupaya menyatukan keseluruhan penghuni Wisma Perwira Markas 5 Briged ini.





























Bar... tempat Pegawai - pegawai Wisma Perwira Markas 5 Briged bersama dan beramah mesra. Bar ini juga di lengkapi dengan set karaoke dan tiga buah skrin TV.