Tuesday, April 28, 2009

Lawatan Panglima 5 Briged ke 5 KPD

LAWATAN PANGLIMA BRIGED KE 5 INFANTRI KE 5 KPD, KEM LOK KAWI, SABAH
























Terpapar keprihatinan diri Panglima kepada anggota

Brigedier Jeneral Masrani Paiman, Panglima 5 Briged mengadakan lawatan ke salah sebuah unit naungan Markas 5 Briged, 5 KPD di Kem Lok Kawi pada 29 April 2009.

Semasa lawatan ini, ketibaan Panglima di sambut oleh anggota 5 KPD di hadapan pintu masuk Unit. Panglima kemudiannya bergerak ke dataran 5 KPD untuk menerima tabik hormat dan membuat pemeriksaan perbarisan yang dibawa oleh Kapten Mohamed Azli Hj Md Yasim, Pegawai Pemerintah 5 Platun Bekalan. Turut bersama Panglima sepanjang lawatan beliau adalah Mejar Abdul Rahim Ishak, Pegawai Pemerintah 5 KPD yang merupakan pengelola kepada acara lawatan Panglima ini.

Selesai sahaja acara pemeriksaan perbarisan oleh Panglima, lawatan diteruskan ke Bilik Gerakan untuk sesi taklimat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran yang dilaksanakan sepanjang tahun 2007, 2008 dan semasa. Teradapat banyak pembaharuan terhadap sistem pengurusan yang dicadangkan oleh Panglima untuk memastikan segala pengurusan berjalan dengan lancar. Pada masa ini jelas terpapar sifat kepimpinan dan keperibadian Panglima yang sangat berkaliber dalam mentadbir pengurusan 5 Briged secara bersistematik.

Lawatan ini kemudiannya di teruskan dengan Jamuan bersama Panglima 5 Briged dan Upacara Menandatangani Buku Lawatan ke 5 KPD oleh Panglima.









Sempat Panglima menegur salah seorang pranita di dalam perbarisan.













Berbekalkan pengalaman, beliau berupaya memimpin dan mengawal Briged Ke-5 Infantri dengan mudah












Menandatangani Buku Lawatan ke 5 KPD

Saturday, April 25, 2009

Majlis Mesyuarat Pengetua & Guru Besar Sekolah - sekolah dalam ATM Tahun 2009



Majlis Penutup Mesyuarat Pengetua dan Guru-guru Besar Sekolah - sekolah dalam ATM Siri 2009 di langsungkan oleh Mej Jen Dato' Abdul Aziz Ibrahim, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota pada 9 April 2009 di salah sebuah hotel di Sandakan, Sabah.

Mesyuarat ini berlangsung dari 7 April 2009 hingga 9 April 2009 yang dipengerusikan oleh Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), merangkap Pengerusi Kor Perkhidmatan Am dalam ATM.

Perjumpaan yang penuh bersejarah ini adalah penting untuk meningkatkan tahap kualiti pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah ATM bagi menjana generasi baru yang berkepimpinan dan intelek.














Pegawai-pegawai Kanan makan malam bersama dengan Mej jen Dato' Abdul Aziz Ibrahim.
















Brig Jen Dato' Anuar Sabtu, Pengarah Pendidikan ATM merangkap Pengerusi KPA di majlis penutupan Mesyuarat tersebut.





















Ringkas dan padat ucapan Mej Jen Dato' Abdul Aziz Ibrahim dengan penekanannya bahawa "latar belakang atau nature para pelajar bukanlah satu halangan utama dalam mendidik mereka menjadi pelajar yang cemerlang".














Majlis Penutup ini kemudiannya diselitkan dengan sesi soal jawab Dato' Abdul Aziz Ibrahim bersama wartawan tempatan berkaitan Pendidikan dalam ATM.